TAK BOLEH MENYELAM? FAKTA SCORPENE YANG HARUS KITA RAKYAT MALAYSIA TAHU?#shorts#viral

Thanks! Share it with your friends!

You disliked this video. Thanks for the feedback!


Added by
149 Views
BETUL BOLEH SELAM KE?FAKTA SCORPENE YANG HARUS KITA RAKYAT MALAYSIA SEDAR.

Adakah anda semua tahu bahawa kapal selam milik Malaysia adalah antara jenis kapal selam yang canggih pernah dioperasikan kita di Asia Tenggara?

Ianya adalah kapal selam bertenaga diesel-elektrik dengan teknologi paling senyap di dunia seperti kapal selam diesel-elektrik kelas Gotland Sweden.

Kapal selam Scorpene yang dibangunkan melalui program kerjasama (joint development), oleh syarikat pembuatan kapal milik negara Perancis DCNS dan syarikat kapal Spanyol Navantia juga merupakan rival kepada kapal selam kelas Gotland milik sweden.

Sebagai kapal selam diesel-elektrik konvensional, Scorpene diketahui telah dirancang dengan menggunakan teknologi stealth yang paling senyap dan dengan ini, keberadaannya sewaktu di dalam laut sangat sukar untuk dijejaki oleh musuh.

Kemampuan kapal selam ini juga boleh dinaik taraf dari masa ke semasa selain ianya dilengkapi dengan teknologi sonar yang dikatakan memiliki kekuatan pengesanan sehingga beratus batu jauhnya!

Begitulah hebatnya Scorpene! sebagai sebuah kapal selam dengan keupayaan diesel-elektrik.

Banyak negara yang kemudiannya telah tertarik untuk menjadi sebahagian daripada pengguna, seperti Chile, Malaysia,India, dan Brazil. Setiap negara pula memiliki spesifikasi dan teknologi yang disesuaikan dengan keperluan perairan negara mereka.

Scorpene yang merupakan jenis kapal selam penyerang itu juga dilengkapi senjata berbahaya untuk melaksanakan tugasnya.
Diantaranya adalah 18 buah torpedo dengan 30 kedudukan senjata external.

Walaupun ia tidak dilengkapi dengan teknologi AIP, namun Scorpene diakui antara kapal selam yang paling senyap didalam kelasnya

Untuk perlindungan diri pula, torpedo anti-kapal, torpedo anti-kapal selam, dan peluru berpandu anti-permukaan juga dipasang pada kapal selam Scorpene ini dan persenjataan yang dibawanya juga bukan calang-calang seperti torpedo Blackshark dan peluru berpandu Exocet SM39 Block II!

Salah satu hal yang paling penting adalah, kemudahan soal pengendalian sewaktu berada di dalam tugasan ataupun tidak, Semua ini terdapat didalam War Management System SUBTICS multifunction, seperti pengawalan data arahan dan juga taktikal, sistem kawalan senjata dan rangkaian radar pengesanan akustik yang telah dikemaskini dan diintegrasikan.

Kapal selam Scorpene diketahui mampu untuk mengangkut kru seramai 31 orang dan semua ruangan operasi dalamannya menggunakan AC, sistem penyelamatan, dan dilengkapi enam tempat tidur lipat tambahan untuk anak kapal bagi operasi khusus.

Sewaktu didalam penugasan, Scorpene dikatakan mampu mencapai kelajuan dengan 20 knots (37 kilometer/jam) di dalam air dan 12 knots (22 kilometer/jam) di permukaan.

Memang tidak dapat lagi diragukan akan kemampuan hebat kapal selam kelas scorpene ini!

-World Military Info

Music : Dragon Castle By Makai Symphony (BreakingCopyright)

Video Source : YT Tentera Laut Diraja Malaysia

#shorts
Category
GOTLAND
Commenting disabled.